|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Wednesday, November 5, 2008

bantulah aku melawan nafsu

bantulah aku melawan nafsu
by mawaddah

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Tuesday, November 4, 2008

wanita dan semalu....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

protokol Yahudi ke10

DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak
yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga
kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau
tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex
dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada
orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga
dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki
dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang
melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat
mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan
perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta...di hadapan bateri terpampang gadis
dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak
menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut
lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak
bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan
pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat
islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan
dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang
bukan perangai saja macam yahudi... tetapi
berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang
lain-lain entah macam-macam lagi.... kita cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH.....
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara
kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al
Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum
Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah
dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang
fasih:
· SUBHANA'LLAH
· ALHAMDULI'LLAH · LAA I LAAHA ILLA'LLAH · ALLAHU AKBAR
· ASTAGHFIRU'LLAH
· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi perkataan
Langkah 3:
· Forward email ini kepada rakan2 yang anda
kasihi..

Hasil 1:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa
mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
Hasil 2:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa
mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Wassalam


Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada
orang lain.

Gmbar muslimah di Blogs????

(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h

Teringin nak share article ni dgn sesiapa yg sudi..=)