|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Saturday, November 28, 2009

kurinduimu sahabat

wahai sahabat...
aku merindui dirimu wahai sahabat.
dikau yang menjadi kawan dikala ku keriangan
dikau yang menjadi teman dikala ku kesedihan.

dalam kealpaanku,
kau tidak pernah jemu menegurku
agar aku kembali pada jalan yang sepatutnya
kurindu saat-saat keriangan kita dahulu
sama-sama menempuh jalan yang penuh liku
dengan ukhuwwah persaudaraan yang terjalin kukuh
saling menyayangi dan saling mencintai.

sahabat,
bisakah masa itu berulang kembali?
bisakah ukhuwwah terjalin semanis sungai madu di jannatul firdaus?
andai masih ada kesilapanku padamu.
ampunilah daku wahai sahabatku.
daku merinduimu

Monday, November 16, 2009

kereta sport atau Al-Quran??

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati..."

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya
tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga
keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si
anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan
mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah
kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan
itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah
kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam
pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran
kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di
muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya
dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah
sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai
kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah
ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya
keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus
meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah
bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang
berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang
dia berkira2 sendiri...telefonny a berdering... dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si
anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar
bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak

apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia
berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya
selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu
dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul
surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada
hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air
mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan
mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan
bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati...... ......... .

doa wahdah

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Saturday, November 14, 2009

Hormon Melatonin

hormon melatonin adalah sejenis hormon yang mengawal hampir keseluruhan hormon dalam badan. ia kebanyakannya dihasilkan di kelenjar pigneal (berada ditengah-tengah antara kedua-dua belah otak). terdapat juga yang dihasilkan di anggota lain seperti di usus dan juga retina mata.

PENTINGYA MELATONIN adalah sebagai mengimbangi hormon-hormon dalam badan juga menjaga sel dalam badan agar tidak rosak dan juga menjaga struktur sel-sel dalam badan. antara fungsi lain adalah:-
- sebagai anti penuaan kerana melatonin ini yang mengawal penstrukturan sel dalam badan
- mengawal mood seseorang. orang yang kurangnye hormon melatonin dalam badan akan lebih cepat marah dan gelisah.
- mengelakkan insomnia(gejala tidak dapat tidur)
- mengawal waktu kitaran haid dan juga system reproduksi wanita. sekiranya kurangnya hormon ini pada wanita akan menyebabkan kitaran haid tak tentu dan juga monopaus awal.

MENAMBAH MELATONIN dalam badan boleh dilakukan dengan amalan tidur dalam keadaan gelap. Hormon melatonin ini akan bertambah dalam keadaan gelap dan berkurang dalam keadaan terang atau terkena gelombang elektromagnet. amalan tidur malam dalam keadaan terang akan menjejaskan penghasilan hormon melatonin ini. hormon ini juga mengawal biological clock dalam badan.

kesimpulannya, hormon melatonin memang penting dalam badan manusia. dan perlu ditambah dengan amalan tidur malam dalam keadaan gelap. jangan tidur malam dalam keadaan lampu terpasang dan terang benderang kerana ini boleh menjejaskan kesihatan dan menggangu penstrukturan hormon-hormon dan sel-sel dalam badan. tidak digalakkan juga pada wanita untuk tidur lambat kerana tidur lambat akan menjejaskan penghasilan hormon melatonin ini seterusnya mengganggugugat hormon lain seperti progesteron dan estrogen yang akan melemahkan sistem reproduksi dalam badan menyebabkan kitaran haid tidak menentu.

Wednesday, November 11, 2009

wang besar-wang besar

dalam menempuh era peperiksaan ini...janganlah kita kekurangan DUITS...kerana ini penting bg menjamin kejayaan kita

D is for DOA...don't forget to pray and wish sumthing. ALLAH loves to hear the sound of His servants who pray to Him...

U is for USAHA...U have to put some effort to gain achievement that you want it. without effort, it's just useless...

I is for ISTIQOMAH... do Istiqomah or be persist in your efforts and pray...

T is tawakkal...after doing all that, leave it to GOD. coz He knows what is the best for U.

S is for SYUKUR...we should be grateful on everything the result will it become. coz He knows thing we don't know. He knows the best thing for us.


walau apa keadaan sekalipun, dalam kesusahan mahupun kesenangan, semuanye berlaku atas keizinan Tuhan Yang Esa.ALLAH S.W.T...

lakukanlah sesuatu dengan keizinanNYA...

sekadar perkongsian

Friday, October 23, 2009

tafsir

Tuesday, September 8, 2009

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

Saturday, August 22, 2009

Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan.. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat m ema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan s ema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nik mat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je.. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zali mi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….t
idak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. t
idaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah t
idak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU
…. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan t
idak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KEL
EMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

p/s: sekadar mengambil petikan dari emel

Friday, August 21, 2009

kaedah menurunkan kadar kolesterol

Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan. Dibawah diberikan sinergi yang boleh di amalkan untuk kesihatan iaitu:-
1. Radix kapsul - 3 x 3
2. Omega 3 soft gel - 3 x 3
3. Minyak zaitun soft gel - 3 x 3
4. Teh herba - 2 uncang sehari.

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan harianya.

dipetik dari
http://jawimedherb.blogspot.com/2009/06/kaedah-mudah-menurunkan-kolesterol.html

Tuesday, August 18, 2009

soalan

antara cinta dan sahabat. mana anda pilih?

Sunday, August 9, 2009

BAJU PALESTINE RM15




PROMOSI UNTUK STUDENT UMP... (LIMITED EDITION)

BAJU SAVE PALESTINE RM15
PILIHAN YANG ADA:

HITAM/PUTIH LONGSLEEVE/SHORT SLEEVE

SAIZ DARIPADA M,L,XL,XXL

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT KEPADA:

HARITH ISKANDAR 019-6815128
IZZUDDIN 0139073319
SYAHIRAH 0173711542

BERJALAN DI BAWAH CAHAYA KILAT

Gambar masjid Baiturrahman.
KENAPA KELUAR LAGI GAMBAR NI?BUKAN DAH LAMA KE?

mmg benar dah lama dah gambar ni. tapi tujuanku meletakkan gambar ini adalah sebagai refreshment untuk akal kita. tentang kehebatan Tuhan yang jelas di tunjukkan di mata dunia. pakcik saya(suami sepupu mak saya) selalu ke luar negara. dia bertanya pada omputih sane. what's your opinion upon the standing mosque on tsunami in acheh? omputih tu menjawab. it's really amazing. mereka bukan tidak mengetahui, bahkan mereka lebih tahu keadaan ketika tsunami berlaku berbanding kita. namun, mereka hanya melihat dari mata kasar tidak dari mata hati. MEREKA NAMPAK APA YANG MEREKA LIHAT TAPI TIDAK MELIHAT APA YANG MEREKA NAMPAK. adakah kita sebahagian dari mereka?adakah kita sekadar melihat?dhaifnya hati kita sekiranya itu berlaku pada diri kita.

umm...peristiwa tersebut memang menggemparkan dan mengagumkan satu dunia. satu dunia mula insaf dan sedar. ramai yang mula merintih pada Tuhan. mula merapatkan diri pada Tuhan. NAMUN, apa yang saya ingin ketengahkan adalah KITA SERING LUPA.

inilah yang dikatakan BERJALAN DIBAWAH CAHAYA KILAT.

kilat memancar dengan berjuta-juta volts menerangi bumi untuk beberapa detik. pada saat beberapa detik itulah manusia yang di dalam kegelapan berjalan mencari arah. namun, setelah kilat itu hilang dia berhenti semula kehilangan arah.

begitulah kita di akhir zaman ini. sekiranya berlaku suatu peristiwa yang menggemparkan. kita mula tersedar dan insaf. namun ianya hanya untuk seketika. lepas habis, cerita tentang peristiwa itu. kita lupa, leka dan mula hanyut kembali. BENAR ATAU TIDAK? TANYA IMAN SENDIRI.




perkara yang sama berlaku dengan peristiwa di sebelah ini. BOIKOT ISRAEL. awal tahun 2009 lepas begitu hangat di bicarakan. siap ada perhimpunan mahasiswa bagi menunjukkan ketidak puasan hati pada Israel laknatullah itu. merata tempat berkempen palestin. tetapi, seolah-olah ianya HANYA SEKADAR PISANG PANAS YANG AKAN SEJUK SELEPAS SEJAM. saya terdengar makcik saya (isteri adik mak) mengeluarkan statement. orang lupe pasal pemboikotan produk nestle lepas MILO membuat harga runtuh promosi penjualan MILO. selepas McD mempelbagaikan juadah dan menurunkan harga. dan banyak lagi produk lain yang dipromosikan semula. umat Islam terus lupa akan penderitaan saudara kita di Palestin. kita cuma BERJALAN DI BAWAH CAHAYA KILAT.

percaya atau tidak.yakin atau tidak itulah kita. umat akhir zaman. HANYA BERJALAN DI BAWAH CAHAYA KILAT dan mengambil sesuatu perkara SEKADAR PISANG PANAS YANG AKAN SEJUK SEJAM.

Saturday, August 1, 2009

kita nampak apa yang kita lihat tapi kita tak melihat apa yang kita nampak

assalamualaikum...

kita diberi kurnia oleh ALLAH satu nikmat yang xdapat dijual beli lagi. sekiranya hilang nikmat ini nescaya orang sanggup bergadai berjuta-juta ringgit untuk mendapatkannya. iaitu nikmat MATA. dalam sehari-harian kita menggunakan mata untuk pelbagai kerja. untuk membaca, menulis, makan, minum, bergerak dan sebagainya. tanpa mata sukar untuk kita menjalani kahidupan seharian..

APA KENE MENGENA MATA DENGAN AYAT TU???

secara mudahnya, dalam perjalanan hidup, kita sering dtunjukkan dengan NIKMAT dan BALA. kita nampak ianya dengan mata mahupun deria lain. namun kita jarang melihat perkara disebaliknya.

BETUL KE?

tepuk dada tanya iman sendiri.

CONTOHNYA???

baiklah.Contohnya, kes terbaru adalah H1N1 @ mudahnya SELSEMA BABI. kita asyik berkata ianya suatu bala dari ALLAH. itu mmg xdinafikan. tapinya, pernahkah kita melihat ianya adalah suatu nikmat dari ALLAH?

KENAPA H1N1 ADALAH NIKMAT?

1. asbab H1N1 lah ramai orang yang mula menghampirkan diri kepada ALLAH dengan bertawakkal pada NYA. "Ya ALLAH, dengan namaMU, aku berserah dan memohon kepadaMU. Engkau jauhkanlah penyakit ini dari kami dan ahli keluarga serta orang di sekeliling kami..." antara doa yang seringkali di baca kini demi mengelak dari penyakit tersebut.kemudaian mereka menjalankan solat hajat beramai-ramai.ALHAMDULILLAH...BUKANKAH ITU NIKMAT UNTUK KITA?

2.begitu juga denga penghidap penyaakit tersebut. dy mula merasakan ajal telah hampir. malaikat maut semakin hampir.dan dengan itu akan dikuatkan amal ibadahnya,taubatnya,dan segala amalan wajib dan sunat. mulalah kelompongan amalan-amalan dulu di tampung kembali. sekiranya dulu tidak pernah sembahyang, di waktu ini di cukupkan sembahyangnya, di banyakkan amalannya. BUKANKAH ITU NIKMAT BAGI MEREKA???

3.pada yang di kuarantin pula. sekiranya dahulu dinyatakan mahupun terdetik di hatinya kekurangan masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNYA. sekarang diberi kerehatan oleh ALLAH dari perihal keduniaan untuknya mendekatkan diri kepadaNYA.

TIDAK CUKUP BANYAK LAGIKAH NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN DARI PERKARA YANG KITA ANGGAP BALA ITU???

itu baru dari perihal H1N1 yang kian popular kini. banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita ini.dari kita buka mata sehingga dipejam semula. begitulah setiap hari hingga ke akhirnya. namun sering kali 'KITA NAMPAK APA YANG KITA LIHAT TAPI KITA TAK MELIHAT APA YANG KITA NAMPAK'.

wassalam...

Friday, June 5, 2009

tolong!!!!

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan pada si dia..Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan pada si dia..Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan pada si dia..aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi..perindu syahid abadi... Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Tuesday, June 2, 2009

setara mana kita Kenal??Muhammad Bin Abdullah

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,

Tawakalnya luarbiasa,

Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,

Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,

Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,

Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,

Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,

Kalau dia marah dengan orang,

disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,

Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,

Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,

Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,

Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,

Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,

Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat"
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,

Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,

Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,

Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,

Dia tidak akan makan sebelum lapar,

Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,

Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,

Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,

Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,

Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,

Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,

Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,

Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Dia bercakap pendek sahaja,

Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,

Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,

Kita sambung lagi cerita nabi kita,

Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,

Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,

Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,

Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,

Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Dia berpakaian jubah dan serban,

Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,

Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,

Mukjizat banyak berlaku ditangannya,

Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,

Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,

Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,

Sekianlah adanya.

Thursday, May 28, 2009

Ape pekdahnye niaga??umm...

FALSAFAH PERNIAGAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak mesti sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta
perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat; mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu.”
(An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan, di dalam Islam berkawan itu adalah disuruh. Di Akhirat kelak, kawan boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama. Bekerjasama,Islam sangat menggalakkan. Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Maksudnya:
“Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan.” (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur. Tidak ada tolak ansur,tidak boleh berniaga. Di dalam Islam, bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum. Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barang keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barang keluaran itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang, menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara-saudara syaitan.” (Al Isra’: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi. Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah, bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan. Orang yang sabar,pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab. Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira.” (Az Zumar: 10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama,bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmat-Nya,agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu daripada rukun Islam dapat ditunaikan.Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan. Maka di sini banyak pula golongan terbantu. Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.” (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi kita. Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran. Dalam Al Quran ada menyebutkan menyembunyikan sifat marah itu, ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali Imran: 134)

12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada, bertolak ansur, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalam Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah, agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Di sini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya adanya perniagaan menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dapat dibangunkan maka banyaklah pahalanya yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fi sabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

TUJUAN BERNIAGA
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barangbarang Islam.

SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA
Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan terdesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan

Wednesday, May 20, 2009

renungan buat MUSLIMIN

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Thank you
by Mirwana

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too
[Ooo friend!!]

Thank you!!
Thank you!!
Thank you!!
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We share together now

For the never ending support
You always give me
Oh friend!
Ooo!!

I will always love you
I can't tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Tuesday, May 19, 2009

lawak...HAHAHA!!!


Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:


أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا


Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)


Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya:
Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)


Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama:
Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.


Maksudnya:
Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)


Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah:
" Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:


بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ


Maksudnya:
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya:
"Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)


Ketiga:
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata:
Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya:
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."

(Hr Thabrani – sahih)


Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya :
" Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)


Keempat:
Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya:
"Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:


"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai."
(59 – 61 : an-Najm)

Kelima:
Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya:
"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:


"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."


Said bin al-'As berkata:


"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."



Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

Friday, May 8, 2009

DI MANA MULIANYA MANUSIA

Siapalah manusia ini?!
Kejadian yang pertama dari tanah, hina
Tempat pijakan segala makhluk yang melata
Kejadian yang kedua dari air mani yang terpancar dari saluran yang menjijikkan
Hina juga mengaibkan
Kalau ia terbuang tiada siapa yang mengutip untuk diletakkan di tempat yang mulia
Peluhnya, baunya meloyakan
Siapa dekat, jiwanya menderita
Yang keluar dari hidung dan telinga semuanya menjijikkan
Yang keluar dari kedua jalan lagi buruk dan busuk dan memalukan
Ia dibuang di jamban
Tempat yang hina dan menjijikkan
Lidahnya juga selalu digunakan untuk merosakkan bukan kebaikan
Memfitnah, mengumpat, mengadu domba memaki, mencerca

Semuanya merupakan najis-najis maknawi dan rohani
Najis-najis maknawi dan rohani ini merbahaya sekali
Perosak masyarakat manusia
Akalnya, padanya kecerdikan,kepandaian dan ilmu
Lumrahnya untuk menipu, untuk kepentingan diri
Nafsunya lagilah, penjahat di dalam diri yang memusnah
Hatinya selalunya dikuasai nafsu
Raja di dalam kerajaan diri yang dikuasai musuhnya
Raja yang jahat inilah yang mengarah dan melarang
Rosaklah kehidupan manusia seluruhnya
Di mana mulianya manusia?!
Di mana keutamaan manusia?!
Mulianya, utamanya jika beriman dan bertaqwa
Jika tidak, busuk sahaja yang ada pada manusia