|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Thursday, May 28, 2009

Ape pekdahnye niaga??umm...

FALSAFAH PERNIAGAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak mesti sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta
perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat; mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu.”
(An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan, di dalam Islam berkawan itu adalah disuruh. Di Akhirat kelak, kawan boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama. Bekerjasama,Islam sangat menggalakkan. Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Maksudnya:
“Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan.” (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur. Tidak ada tolak ansur,tidak boleh berniaga. Di dalam Islam, bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum. Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barang keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barang keluaran itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang, menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara-saudara syaitan.” (Al Isra’: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi. Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah, bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan. Orang yang sabar,pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab. Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira.” (Az Zumar: 10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama,bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmat-Nya,agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu daripada rukun Islam dapat ditunaikan.Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan. Maka di sini banyak pula golongan terbantu. Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.” (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi kita. Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran. Dalam Al Quran ada menyebutkan menyembunyikan sifat marah itu, ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali Imran: 134)

12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada, bertolak ansur, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalam Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah, agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Di sini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya adanya perniagaan menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dapat dibangunkan maka banyaklah pahalanya yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fi sabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

TUJUAN BERNIAGA
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barangbarang Islam.

SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA
Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan terdesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan

Wednesday, May 20, 2009

renungan buat MUSLIMIN

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Thank you
by Mirwana

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too
[Ooo friend!!]

Thank you!!
Thank you!!
Thank you!!
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We share together now

For the never ending support
You always give me
Oh friend!
Ooo!!

I will always love you
I can't tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Tuesday, May 19, 2009

lawak...HAHAHA!!!


Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:


أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا


Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)


Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya:
Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)


Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama:
Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.


Maksudnya:
Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)


Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah:
" Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:


بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ


Maksudnya:
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya:
"Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)


Ketiga:
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata:
Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya:
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."

(Hr Thabrani – sahih)


Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya :
" Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)


Keempat:
Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya:
"Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:


"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai."
(59 – 61 : an-Najm)

Kelima:
Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya:
"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:


"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."


Said bin al-'As berkata:


"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."



Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

Friday, May 8, 2009

DI MANA MULIANYA MANUSIA

Siapalah manusia ini?!
Kejadian yang pertama dari tanah, hina
Tempat pijakan segala makhluk yang melata
Kejadian yang kedua dari air mani yang terpancar dari saluran yang menjijikkan
Hina juga mengaibkan
Kalau ia terbuang tiada siapa yang mengutip untuk diletakkan di tempat yang mulia
Peluhnya, baunya meloyakan
Siapa dekat, jiwanya menderita
Yang keluar dari hidung dan telinga semuanya menjijikkan
Yang keluar dari kedua jalan lagi buruk dan busuk dan memalukan
Ia dibuang di jamban
Tempat yang hina dan menjijikkan
Lidahnya juga selalu digunakan untuk merosakkan bukan kebaikan
Memfitnah, mengumpat, mengadu domba memaki, mencerca

Semuanya merupakan najis-najis maknawi dan rohani
Najis-najis maknawi dan rohani ini merbahaya sekali
Perosak masyarakat manusia
Akalnya, padanya kecerdikan,kepandaian dan ilmu
Lumrahnya untuk menipu, untuk kepentingan diri
Nafsunya lagilah, penjahat di dalam diri yang memusnah
Hatinya selalunya dikuasai nafsu
Raja di dalam kerajaan diri yang dikuasai musuhnya
Raja yang jahat inilah yang mengarah dan melarang
Rosaklah kehidupan manusia seluruhnya
Di mana mulianya manusia?!
Di mana keutamaan manusia?!
Mulianya, utamanya jika beriman dan bertaqwa
Jika tidak, busuk sahaja yang ada pada manusia