|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Monday, August 9, 2010

Allah memanggil

                                                   (sekadar hiasan buat renungan)
Pandanglah sekeliling.
Dengarlah sekeliling.
lihatlah sekeliling.
Pasti anda akan terdengar dan terlihat banyak kemaitan yang berlaku.
Adakah ini berlaku dengan tidak disengajakan??
Tidak,ini semua adalah perancangan ALLAH.

Baru-baru ini saya di kejutkan oleh 3 kematian yang berlaku dalam tempoh 48 jam. Semuanya adalah dari orang-orang terdekat dengan saya. Baru beberapa jam lepas seorang kawan saya telah dipanggil ALLAH s.w.t.
'Ya ALLAH, inilah peringatanMU buat hamba-MU yang sering lupa ini bahawa ajalku sudah hampir tiba dan akan berlaku bila-bila masa'

Bulan Ramadhan akan menjelang tiba tidak sampai 2 hari lagi. Namun, adakah kita akan sampai kepada Bulan Ramadhan?siapa berani jamin kita akan sampai pada bulan ramadhan kali ini?tiada siapa berani menjamin dirinya akan sampai pada ramdhan kali ini.

Wahai diriku, Wahai sahabatku. Lihatlah di kiri kananmu. Lihatlah depan belakangmu. Lihat jugalah atas bawahmu. Tatkala kamu sedang bersuka-ria, barangkali Malaikat Izrail sudah bersedia di sisimu untuk menjemputmu menghadap Allah Yang Esa. Janganlah dikau harapkan taubat tatkala roh telah sampai ke tenggorokmu.

Bersiap sedialah wahai diriku. Bersedialah wahai sahabatku.

Saturday, August 7, 2010

Hati gudang mazmumah

Hati adalah merupakan gudang atau khazanah
orang yang beriman yang cintakan Allah dan takut dengan-Nya
ia adalah meruapakan khazanah yang tersimpan
di dalamnya aset-aset intan berlian, mutiara emas dan perak mahmudah
orang yang tak beriman atau lemah iman
hati merupakan gudang yang tersimpan najis-najis mazmumah yang rohaniah
makin orang itu dewasa semakin penuh dengan najis-najis mazmumah rohaniah
yang sudah matang yang akan meledak muntah
najis-najis rohaniah inilah yang selalu melimpah ruah
melalui anggota lahir yang memusnah
kadang-kadang meleleh melalui lidah
ramai yang susah
ada orang terhina ada orang yang kena fitnah
adakalanya mengalir melalui matanya
maka jadilah mata keranjang dan mencari-cari kesalahan orang
tidak kurang juga mengalir melalui otak
untuk merosakkan bangsa, agama dan negara
haru-birulah bangsa dan negara dibuatnya
tergugat kestabilan negara
jika lahir najis mazmumah itu mengalir di tangan
ramai orang kena lempah rumah terbakar bom meledak (note : mungkin bukan lempah tapi lempang, salah taip rasanya)
yang memusnah dan merosak
orang kena rompak orang kena tembak
bank dirompak rasuah banyak
kalau keluar mazmumah itu di tempat alat kemaluan berlakulah rogol dan zina
seolah-olah gudang tadi adalah gunung berapi yang aktif
yang sering memuntahkan laharnya yang memusnah dan merebak
menyakitkan dan membunuh binatang dan manusia
di mana-mana saja
memusnahkan harta benda dan khazanah-khazanah negara
bahkan najis-najis mazmumah rohaniah ini
lebih berbahaya daripada gunung berapi yang meledak
gunung berapi meledak sekali-sekala sahaja
tapi ledakan najis mazmumah ini setiap waktu dan ketika
tidak kira di mana saja
kerosakannya dan pemusnahannya setiap hari berlaku tidak rehat-rehat
hingga bahayanya manusia tidak dapat hidup
di dalam keadaan aman damai, harmoni dan bahagia