|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Thursday, September 23, 2010

Kek Kepala Meja!!!

                                                                      sekadar hiasan

One cake popular in the 1940s and 1950s was the KEK KEPALA MEJA, literally the cake which decorated or "headed" the table.

This cake was the centrepiece of the table. It was a normal cake but covered with thick icing and was normally made by the unmarried daughters of the house.

Its PURPOSE was interesting, too. The cake could be cut and eaten only by a man who was INTERESTED in the household's unmarried daughter. By doing so, he had INDICATED that his family would be coming over soon to formally ask for the host family for the hand in marriage of the daughter who baked the cake.

However, this could cause some trepidation for some young men, especially if the household had several unmarried daughters. He most likely would have liked to be clear about exactly which daughter he intended to marry.

In the modern world, however, most young men and women have known each other before the man proposes, so there is no longer the need for these betrothal cakes.

Today's cakes are for eating, and in the land of plenty during Hari Raya Aidil Fitri, there will be far too many of them, available in a rainbow of colours and in a multitude of tastes as well.

taken from:

FB Group : Kek Kepala Meja Jangan Dilupakan!!!


Demikianlah cerita berkenaan kek kepala meja di sarawak. Apa yang kuingin ceritakan adalah berkenaan kek kepala meja dalam adat Jawa di tempat aku.

Hari Raya Aidilfitri pada zaman dahulu amat meriah di kawasan seperti tempat aku tinggal. Kanak2 bebas beraya di rumah jiran tetangga. Sanak Saudara saling menziarahi antara satu sama lain. Gotong-royong menyediakan dodol, marhaban sekitar kampung, baik yang pemuda mahupun pemudi. cukup meriah yang mana kemeriahan itu tidak ad lagi pada masa kini.

isu yang ingin aku bawakan di sini adalah Kek Kepala Meja menurut tradisi di kampung aku..
orang muda-muda dulu suka jalan raye rumah kawan-kawan dan sahabat handai serta jiran tetangga dengan cara berkonvoi. terdapat juga famili yang melakukan hal yang sama. adat dan tradisi orang dahulu di atas satu meja yang besar dan panjang, akan terdapat pelbagai jenis kuih baik bahulu,kerepek,tart, dan macam-macam lagi. Namun, ditengah-tengahnya akan terdapat sebuah kek yang agak menonjol. 

Kek itu tujuannya bukanlah seperti yang di sarawak tu. tujuannya hanyalah sebagai jamuan kepada siapa yang nak makan je. kebiasaannya, orang yang makan akan bayar harga kek tu. harganya tidaklah dinyatakan, hanya bergantung kepada tetamu tersebut berapa bayarannya. biasanya tetamu yang berkonvoi tu akan pakat reramai kumpul duit n makan kek tu. duit tu letaklah di bawah pelapik kek tersebut.

itulah serba sedikit tentang kek kepala meja di kampungku.

p/s: maaflah..xpandai bercerita..

Soya membahayakan kesihatankah?

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen.
Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.
Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.
Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?

Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.
Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.
Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.
Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.
Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.
Di manakah kelemahan kajian ini?
Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.
Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.
Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.
Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;
  1. Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  2. Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya. 
  3. Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.
Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.
Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.
Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrate.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.
Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.

taken from:
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/kesan-soya/

Monday, August 9, 2010

Allah memanggil

                                                   (sekadar hiasan buat renungan)
Pandanglah sekeliling.
Dengarlah sekeliling.
lihatlah sekeliling.
Pasti anda akan terdengar dan terlihat banyak kemaitan yang berlaku.
Adakah ini berlaku dengan tidak disengajakan??
Tidak,ini semua adalah perancangan ALLAH.

Baru-baru ini saya di kejutkan oleh 3 kematian yang berlaku dalam tempoh 48 jam. Semuanya adalah dari orang-orang terdekat dengan saya. Baru beberapa jam lepas seorang kawan saya telah dipanggil ALLAH s.w.t.
'Ya ALLAH, inilah peringatanMU buat hamba-MU yang sering lupa ini bahawa ajalku sudah hampir tiba dan akan berlaku bila-bila masa'

Bulan Ramadhan akan menjelang tiba tidak sampai 2 hari lagi. Namun, adakah kita akan sampai kepada Bulan Ramadhan?siapa berani jamin kita akan sampai pada bulan ramadhan kali ini?tiada siapa berani menjamin dirinya akan sampai pada ramdhan kali ini.

Wahai diriku, Wahai sahabatku. Lihatlah di kiri kananmu. Lihatlah depan belakangmu. Lihat jugalah atas bawahmu. Tatkala kamu sedang bersuka-ria, barangkali Malaikat Izrail sudah bersedia di sisimu untuk menjemputmu menghadap Allah Yang Esa. Janganlah dikau harapkan taubat tatkala roh telah sampai ke tenggorokmu.

Bersiap sedialah wahai diriku. Bersedialah wahai sahabatku.