|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Friday, April 2, 2010

RON95@RON97


DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

 ...................................................................................................................
sebenarnya dari dulu nk post pasal minyak ni. cume xhabis study.ni jumpe plak kat e-mel.copy paste je.tp ok ar utk tatapan umum.

Kena Tindih


Artikel ni aku ngaku bukan aku buat. kebas dari E-mel je.tp sedikit sebanyak berguna juga. agar kita tidak memomokkan diri kita sendiri.





Kena tindih / Sleep paralysis


Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercaya an dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......


ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........

Tuesday, February 2, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH 3


ORANG RAMAI TAK PERCAYA

"BETUL KE ADA KETIKA CINTA BERTASBIH 3?"
"BUKAN DAH HABIS KE?"
"HERO DAH KAHWIN DENGAN HEROIN,HABISLAH"

Sedikit sebanyak persoalan yang diutarakan apabila saya menyatakan berkenaan cerita yang diminati ramai ini iaitu 'ketika cinta bertasbih'.pada tahun lepas (2009) satu fenomena baru telah wujud dikalangan penggemar novel islamik selepas ayat-ayat cinta iaitu fenomena ketika cinta bertasbih. dahulunya dikeluarkan sebagai novel dan akhir-akhir ini dijadikan filem. kalau tidak silap saya pelancaran cerita ketika cinta bertasbih 2 adalah pada bulan 6 yang lepas. semasa saya berprogram di Indonesia.Program 'Perkongsian Sinar BersamaMu Acheh'. pelancarannya adalah sekitar sehari atau dua hari sebelum saya menjejakkan kaki ke bumi aceh itu.

itu cerita berkenaan ketika cinta bertasbih 1 dan 2. sebenarnya, cerita KCB ni belum tamat lagi. akan ada sambungannye iaitu KETIKA CINTA BERTASBIH 3 dengan tajuk DARI SUJUD KE SUJUD. sekadar perkongsian, KCB3 ini telah dinyatakan oleh penulis iaitu Habiburrahman El-Shirazy dalam bukunya yang pertama KCB1. saya tidak pasti ada tercata atau tidak berkenaan KCB3 ini di dalam buku keluaran bahasa Malaysia kerana buku yang saya baca adalah keluaran Indonesia hadiah dari seorang sahabat yang saya anggap macam adik saya dah.

di dalam buku tersebut, pada ketika azzam ingin pulang ke indonesia. sewaktu azzam membahagi-bahagikan hartanya kepada teman-teman rumahnya, beliau menjualkan barangan membuat tempe dan bakso kepada Rio dengan harga yang sangat murah. namun, jual beli mereka azzam telah menetapkan satu akad iaitu sekiranya beliau pulang semula ke mesir dalam tempoh setahun, maka azzam boleh membeli barang tersebut dengan harga yang sama dia menjual pada Rio. dan barang-barang tersebut menjadi milik Azzam semula.

dalam peristiwa tersebut, penulis meletakkan nota kaki seperti berikut.

'Akad jual beli dengan syarat seperti yang diminta Azzam in, tidak diperbolehkan oleh mayaritas ulama fiqh, kecuali dari kalangan Syiah Imamiyyah. Penjelasan lebih detilnya insyaALLAH ada di novel DARI SUJUD KE SUJUD (ketika Cinta Bertasbih 3)'

inilah petikan dari buku tersebut. di muka surat 464 bab 30. bagi buku keluaran Malaysia saya tak pasti ada atau tidak. bolehlah semak semula. sekadar anggapan sendiri bahawa kemungkinan besar pada KCB3 Azzam akan pulang semula ke Mesir untuk meneruskan pengajiannya. sebenarnya ramai orang memberi komen bahawa KCB 2 kurang menarik kerana latar tempat yang digunakan adalah di Indonesia. seperti mana KCB1 latar tempatnya adalah di Mesir menarik minat pembaca untuk membayangkan keadaan tempat-tempat di Mesir. mungkin KCB3 ini lebih menarik dan saya sendiri terfikir apakah jalan cerita yang ingin di bawa oleh Habiburrahman El-Shirazy ini?sekiranya sebelum ini, dapatlah kita menduga bahawa Azzam akan berkahwin dengan Anna (novel cinta memang camtu besenye). cuma kali saya sendiri tidak dapat hendak menjangka apakah yang akan berlaku. Mungkinkah Furqan dan Elyana yang akan diketengahkan? mungkinkah Anna dan Azzam bercerai?macam-macam tanggapan yang boleh difikirkan dan jawapannya hanya boleh didapati dalam KCB3.

sekadar ingin menegaskan masih ada ketika cinta bertasbih 3.

p/s: sesiapa ada terjumpa KCB3 toleng beritahu saya yee..