|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Saturday, April 10, 2010

Manusia Ibarat Kalkatu Menghurung Api Lilin

Pada saat ini, pada waktu ini kita merasakan kita hidup. tapi benarkah kita betul-betul hidup.

persoalannya ape bukti kita hidup???
masih Bernafas??masih boleh berkata?masih boleh berfikir??

sebenarnya jika kita yakin diri kita masih hidup...namun risaulah bahawa hati kita kemungkinan telah mati tanpa kita sedari. di akhir zaman ini, iman semakin nipis, nafsu semakin kuat, raja diri semakin lemah tanpa bimbingan iman dan taqwa.
mengharapkan ustaz untuk bawa kita pulang ke jalan yang benar??mengharapkan ibu bapa memimpin kita??mengharapkan suami/isteri untuk disamping kita bg membendung masalah hati yang kian teruk di akhir zaman ini??
persoalannya kenapa tidak kita sendiri yang mencari ruang dan peluang untuk pulang ke pangkal jalan.

hidup ini hanyalah satu perjalanan yang singkat yang boleh habis pada bila-bila masa. ibaratnya kita minum air menggunakan straw di dalam gelas. semakin diminum akan semakin habis.sehingga akhir sekali tiada lagi air untuk diminum. adakah habisnya air itu menghilangkan haus atau tidak?mencapai matlamat atau tidak hidup kita ini.

teringat tazkirah seorang senior. pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. sedang memberi tazkirah pada sahabat-sahabatnya berkenaan satu kisah. ada seorang pemuda sedang berjalan di satu padang dan dia ternampak sebatang lilin yang menyala. di sekeliling itu terdapat banyak kalkatu yang menghurungi lilin itu kelihatan seperti ingin memasuki ke dalam api lilin tersebut. kerana kasihan melihat kalkatu itu,pemuda tersebut mendekati lilin itu dan mula menghalau kalkatu itu. ad sebahagian yang menjauhi dari api tersebut dan ad yang terus terjun ke dalam api dan akibatnya mati terbakar dek api yg panas. Dan baginda memberitahu pada sahabatnya bahawa pemuda itu adalah aku (Rasulullah s.a.w.). dan kalkatu itu adalah kamu. tugas aku adalah untuk menyelamatkan kamu dari pesona dunia. namun ad yang terselamat dan ad juga yang menjerumuskan diri dalam pesona dunia.

aku terkesan dpd tazkirah tersebut. bagaimana Rasulullah ingin menyelamatan kita dengan membekalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah sebagai bekalan perjalanan kita. namun kita abaikannya.
Apa yang kita fikir sebenarnya???hinggakan dunia kita utamakan dan akhirat kita lupakan. tak cukup sedar lagikan kita bahawa hidup ini sementara dan akhirat adalah kekal selama-lamanya.

sekadar perkongsian dari seorang sahabat...sebagai peringatan buat diriku ini yang sering lalai..

Monday, April 5, 2010

misteri dibongkari

jawapannye adalah semudah matematik tingkatan 1

jumlah keseluruhan bongkah adalah
(rumus luas segi 3)
1/2x5x13=32.5cm2

namun,
jumlah setiap satu bongkah
segi3 besar
(rumus luas segi 3)
1/2x3x8=12cm2

segi3 kecil
(rumus luas segi 3)
1/2x5x2=5cm2

bentuk kuning
(2x2)+(1x3)=7cm2

bentuk hijau
(2x3)+(1x2)=8cm2

jumlah keseluruhan adalah
12+5+7+8=32cm2

dapat dilihat, jumlah luas permukaannya adalah tidak sama.
beza kedua2nya adalah 0.5cm2
tapi...kenapa kotak yg dihasilkan adalah 1cm2

ini adalah kerana faktor segi empat. cube anda bayangkan terdapat 2 bongkah seperti diatas. cantumkan keduanya seperti 1 bongkah segiempat tepat. denga kehadiran dua bongkah segitiga tadi akan mewujudkan persamaam

0.5cm2+0.5cm2=1cm2

maka..dengan mudah akan menghasilkan 1lubang berukuran 1cm2

misteri dibongkari..

Sunday, April 4, 2010

Trick

Ada satu soalan dari kawan saya berkenaan blok di atas. Bagaimana boleh terhasilnya lubang di atas? mengikut logik akal. luas permukaannya adalah sama antara yang atas dan yang bawah.tapi bagaimana boleh terhasilnya lubang itu..

persoalan tu..persoalan...

saya akan berikan jawapannya tepat jam 12 mlm ini 5/4/2010...anda mempunyai 2 jam dari sekarang untuk selesaikannye.huhuhu...