|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Saturday, August 7, 2010

Hati gudang mazmumah

Hati adalah merupakan gudang atau khazanah
orang yang beriman yang cintakan Allah dan takut dengan-Nya
ia adalah meruapakan khazanah yang tersimpan
di dalamnya aset-aset intan berlian, mutiara emas dan perak mahmudah
orang yang tak beriman atau lemah iman
hati merupakan gudang yang tersimpan najis-najis mazmumah yang rohaniah
makin orang itu dewasa semakin penuh dengan najis-najis mazmumah rohaniah
yang sudah matang yang akan meledak muntah
najis-najis rohaniah inilah yang selalu melimpah ruah
melalui anggota lahir yang memusnah
kadang-kadang meleleh melalui lidah
ramai yang susah
ada orang terhina ada orang yang kena fitnah
adakalanya mengalir melalui matanya
maka jadilah mata keranjang dan mencari-cari kesalahan orang
tidak kurang juga mengalir melalui otak
untuk merosakkan bangsa, agama dan negara
haru-birulah bangsa dan negara dibuatnya
tergugat kestabilan negara
jika lahir najis mazmumah itu mengalir di tangan
ramai orang kena lempah rumah terbakar bom meledak (note : mungkin bukan lempah tapi lempang, salah taip rasanya)
yang memusnah dan merosak
orang kena rompak orang kena tembak
bank dirompak rasuah banyak
kalau keluar mazmumah itu di tempat alat kemaluan berlakulah rogol dan zina
seolah-olah gudang tadi adalah gunung berapi yang aktif
yang sering memuntahkan laharnya yang memusnah dan merebak
menyakitkan dan membunuh binatang dan manusia
di mana-mana saja
memusnahkan harta benda dan khazanah-khazanah negara
bahkan najis-najis mazmumah rohaniah ini
lebih berbahaya daripada gunung berapi yang meledak
gunung berapi meledak sekali-sekala sahaja
tapi ledakan najis mazmumah ini setiap waktu dan ketika
tidak kira di mana saja
kerosakannya dan pemusnahannya setiap hari berlaku tidak rehat-rehat
hingga bahayanya manusia tidak dapat hidup
di dalam keadaan aman damai, harmoni dan bahagia

Thursday, July 8, 2010

Madah Hati

Hati,
Suatu ciptaan ALLAH yang penuh rahsia
Tidak mampu disingkap oleh sains
Tidak dapat diungkap oleh kata-kata

Hanya segumpal daging
Namun menjadi penentu pentadbiran seluruh dunia
Kerana dari hatilah bermula baik buruk sesuatu perkara
Para mujahid sentiasa bermujahadah menjaga hati
Para syuhada' menyerah hatinya pada Yang Esa

Kala marcapada dunia yang ketandusan ini
Pemuda-pemuda harapan agama amat lemah melawan fitnah
tergoda dengan fatamorgana dunia yang seketika
Menyerahkan hati pada cinta yang sementara
Mengejar cita yang tidak seberapa
Bermatlamatkan arah yang entah ke mana

Bangunlah syabab pejuang bangsa
Bangunlah kita menerjah masa
Jangan sesekali kita terleka
fitnah wanita cinta sementara

Dengan lafaz takbir kita berjuang
Dengan lafaz tahmid kita bersyukur
demi menegakkan kalimah ALLAH..
LA ILAHA ILLALLAH...

Wednesday, July 7, 2010

orbit matahari

Asslamualaikum w.b.t

  Paderi gereja sebelum zaman renaissance percaya bahawa matahari mengelilingi bumi dan bumi sebagai pusat kepada sistem. Namun, pada zaman renaissance Galillei Galilleo membuktikan bahawa Matahari adalah pusat pada sistem suria. (Berdasarkan buku sejarah). Dengan itu saintis membuktikan bahawa matahari tidak beredar, tapi hanya berputar pada paksinya. Namun di dalam surah Yaasin ayat 38 ALLAH berfirman:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا
"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya"

sekarang sains membuktikan bahawa matahari juga mempunyai orbit. Hanya kini saintis menemuinya sedangkan dalam AL-QURAN telah menyatakan pada tahun 1400 tahun dahulu.

sekadar perkongsian.



Sun Orbit

Written by Fraser Cain
Position of the Sun in the Milky Way. Image credit: NASA
Position of the Sun in the Milky Way. Image credit: NASA

Everything's orbiting something it seems. The Moon goes around the Earth, and the Earth orbits the Sun. But did you know that the Sun orbits the Milky Way galaxy? Astronomers have calculated that it takes the Sun 226 million years to completely orbit around the center of the Milky Way. In other words, that last time that the Sun was in its current position in space around the Milky Way, dinosaurs ruled the Earth. in fact, this Sun orbit has only happened 20.4 times since the Sun itself formed 4.6 billion years ago.
Since the Sun is 26,000 light-years from the center of the Milky Way, it has to travel at an astonishing speed of 782,000 km/hour in a circular orbit around the Milky Way center. Just for comparison, the Earth is rotating at a speed of 1,770 km/h, and it's moving at a speed of 108,000 km/h around the Sun.
It's estimated that the Sun will continue fusing hydrogen for another 7 billon years or so. In other words, it only has another 31 orbits it can make before it runs out of fuel.