Hati ini telah bersatu
berkumpul di perut bumiMU
hati ini telah berpadu
bersatu memikul beban dakwahMU
hati ini telah mengikat setia
untuk mendaulat untuk menyokong
syariatMU di alam maya
maka Ya Allah eratkanlah
ikatan yang ada
kekalkan kemesraan yang ada
tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkanlah dengan cahayaMU
tiada malap terangi alamMU
hidup suburkanlah dengan makrifatMU
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sebagai syuhada'
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia
Tuesday, October 28, 2008
Rabitah Hati
Posted by pemudaharapan at 2:58 PM 0 comments
Sunday, October 26, 2008
diariku : cinta di awal semester 02
Harinya telah tiba. 29 jun 2007. Tarikh keramat bagiku. Hari di mana impianku tercapai untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Impian yang telah tersimpan semenjak dari di sekolah rendah lagi. Daku bersyukur ke hadratNYA dengan nikmat yang telah diberikan. Hari yang amat menggembirakan daku. Hari di mana ibuku menangis kegembiraan melihatku telah berjaya. Apakah lagi kebahagiaan seorang anak selain melihat ibu bapanya gembira dan bahagia. Saat itu kurasa berterima kasih pada kedua ibu bapaku kerana telah berkorban banyak untuk daku sehingga sampai daku menjejakkan kaki di universiti ini. Yang menjadi igauan dan impian yang agak sukar digapai oleh anak kampung sepertiku ini. Alhamdulillah ku bersyukur.
Daku mendaftar ditemankan oleh ibu bapa yang tercinta. Daku melihat papan tanda yang terdapat di kawasan parking.
“Universiti Malaysia Pahang”
Nama yang cukup memberi rangsangan padaku. Daku mula mendaftar. Satu demi satu kaunter ku selesaikan. Akhirnya, segalanya selesai. Tibalah masa untuk ibu bapaku pulang kerumah menguruskan tugas mereka. Ku cium tangan ibuku. Tangan yang membesarkanku selama ini. Ibuku memelukku dalam tangisan kegembiraan melihatku. Daku sebak. Dia mengucup pipiku tanda kasih sayangnya. Air mataku bergenangan. Ku tahan. Terdengarku ucapan dari mulutnya.
“ Dah masuk universiti ni, belajar rajin-rajin. Jangan nak main je. Solat kena jage. Jangan tinggal solat.”
Daku mengiyakan. Daku bersyukur di dalam hati kerana dikurniakan ibu yang penyayang. Ku salam dan kucium tangan bapaku. Tangan yang menyara keluarga selama ini. Dia memeluk daku tanda kasih sayangnya.
“Belajar rajin-rajin tau bang.” Ujarnya.
“Duit cukup tak? Kalau tak cukup, bagitau awal-awal. Nanti abah masukkan dalam akaun. Jangan tak makan pulak.”
Sebak daku. Setelah lama dia bersusah payah menjaga daku. Masih lagi mengambil berat padaku. Masih lagi tetap risau padaku. Dia meninginkan sesuatu yang terbaik buatku. Daku bersyukur dalam hatiku. ‘Ya Allah, daku bersyukur padaMU atas kurniaanMU ini. Ampunilah kedua-dua ibu bapaku.’
“abang busuk.” Seloroh adikku.
Giliran adikku pula. Ku bersalaman dengannya. Ku letakkan tanganku di atas kepalanya.
“Belajar betul-betul dik. Nanti boleh masuk universiti.” Ucapku padanya.
Dia tersenyum. Menyetujui. Adik yang amat kusayangi. Yang amat manja denganku. Menjadi teman setiaku dirumah. Enjin kereta dihidupkan. Mereka melambai.daku membalas lambaian dengan sebak di dada. Sambil berhamdalah….
Posted by pemudaharapan at 2:11 PM 1 comments
berkelah
Munsyid : Shoutul Sofwa
http://liriknasyid.com
Lautan biru nyiur melambai
Ombak menderu memukul pantai
Hati yang resah menjadi damai
Dihari minggu pergi berkelah
Ditepi pantai yang sangat indah
Bersama keluarga dan rakan sedarjah
Dapat melihat kebesaran Allah
Pasirnya putih kilau-kilauan
Banyak terdapat siput dan kerang
Adik bermain hatinya girang
Ibu melihat hatinya tenang
Didalam laut banyak hidupan
Udang, ketam, sotong dan ikan
Menjadi rezeki para nelayan
Nikmat berharga pemberian tuhan
Sewaktu mandi ayah berpesan
Ombak yang kecil menjadi kawan
Bila membesar lawan
Itulah dia resminya alam
Posted by pemudaharapan at 9:44 AM 1 comments
Saturday, October 25, 2008
diariku : cintaku di awal semester 01
daku bersyukur dengan result matrikulasiku. tidak seberapa. namun cukup untuk melayakkan kaki ini untuk melangkah ke menara gading yang menjadi impian ku sejak kecil lagi. dalam pada masa cuti yang kosong, daku mengisinya dengan belajar memandu di kelas memandu di Tangkak. daku berjaya. alhamdulillah.
pada satu hari ahad, selepas daku menolong bapaku berniaga di pasar tani bukit gambir. daku menuju ke sebuah cyber cafe untuk daku mengisi borang UPU secara on-line di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. cyber cafe yang dahulunya daku banggakan dengan teknologi dan kekemasannya. tapi kini ianya tidak semegah dan seindah seperti suatu masa dahulu. kini, ianya dipenuhi oleh perokok-perokok, sampah bersepah malah connection pun dah tak laju. namun, hanya itu sahaja cyber cafe yang ad ditempatku. tanpa melengahkan masa, daku terus mendaftar dan menuju ke sebuah komputer yang terdapat di situ dan melayari laman web www.mohe.gov.my untuk daku mengisi borang upu. pada waktu daku mengisi borang, daku tertanya-tanya sendirian.
"Universiti mana yang aku nak pilih ni?"
persoalan yang timbul di benak pemikiranku. satu demi universiti kutinjau bagi mendapatkan kepastian. belum pun selesai persoalan itu terjawab. satu lagi persoalan yang timbul.
"jurusan apa pula yang sesuai denganku?"
perkara yang sama yang daku lakukan. ku tinjau satu demi satu jurusan yang ditawarkan. akhirnya ku bertekad untuk meneruskan dengan minatku iaitu astronomi dan mekatronik. namun, kudapati tidak banyak universiti yang menawarkan jurusan tersebut. hanya terdapat di USM dan UTM. kupilih juga. namun kumencari jurusan yang lain sebagai back-up. ku pilih jurusan elektrik sebagai mana yang dicadangkan oleh ayah dua pupuku. setelah ku pilih di UTM, USM, UKM, UiTM dengan jurusan yang berbeza. akhirnya, satu ruang kosong tertinggal untuk diisi. aku tertanya-tanya. ape yang patut kuisi pada ruangan kosong ini. lantas ku teringat cadangan dari sepupuku berkenaan KUKTEM. lalu, ku isi tanpa memikir panjang. dari situlah kehidupan mahasiswaku bermula....
..........................................................................................................................................................................
Posted by pemudaharapan at 7:11 AM 2 comments
Friday, October 24, 2008
hadith
"Ajaib sungguh urusan orang muslim.
Sesungguhnya, segala urusannya adalah baik.
Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur,
dan apabila ditimpa kesusahan, dia redha.
Maka menjadilah keduanya baik baginya"
-H.R.Bukhari-
Posted by pemudaharapan at 8:58 AM 0 comments
DAKU BERMULA
ASSALAMUALAIKUM,
SALAM KESYUKURAN
SETIAP SAAT, SETIAP DETIK KAKI SENTIASA MELANGKAH. MAJU SETAPAK DEMI SETAPAK. DALAM ARUS PERMODENAN KINI. DAKU TIDAK AKAN KETINGGALAN DALAM MENUJU KENIKMATAN TEKNOLOGI YANG DIKURNIAKAN.
SEMOGA DALAM LANGKAH SETAPAK KU INI, DAPAT DAKU MENAMBAH KESYUKURAN DALAM KERAHMATANNYA. MOGA DENGAN INI TEMAN DAN TAULAN SEKALIAN, DAPAT KITA BERKONGSI BERSAMA KENIKMATAN DAN KESYUKURAN PADANYA.
SALAM PERMULAAN DARIKU.
-PEMUDAHARAPAN-
Labels: pioneer
Posted by pemudaharapan at 7:42 AM 0 comments