|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Saturday, April 10, 2010

Manusia Ibarat Kalkatu Menghurung Api Lilin

Pada saat ini, pada waktu ini kita merasakan kita hidup. tapi benarkah kita betul-betul hidup.

persoalannya ape bukti kita hidup???
masih Bernafas??masih boleh berkata?masih boleh berfikir??

sebenarnya jika kita yakin diri kita masih hidup...namun risaulah bahawa hati kita kemungkinan telah mati tanpa kita sedari. di akhir zaman ini, iman semakin nipis, nafsu semakin kuat, raja diri semakin lemah tanpa bimbingan iman dan taqwa.
mengharapkan ustaz untuk bawa kita pulang ke jalan yang benar??mengharapkan ibu bapa memimpin kita??mengharapkan suami/isteri untuk disamping kita bg membendung masalah hati yang kian teruk di akhir zaman ini??
persoalannya kenapa tidak kita sendiri yang mencari ruang dan peluang untuk pulang ke pangkal jalan.

hidup ini hanyalah satu perjalanan yang singkat yang boleh habis pada bila-bila masa. ibaratnya kita minum air menggunakan straw di dalam gelas. semakin diminum akan semakin habis.sehingga akhir sekali tiada lagi air untuk diminum. adakah habisnya air itu menghilangkan haus atau tidak?mencapai matlamat atau tidak hidup kita ini.

teringat tazkirah seorang senior. pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. sedang memberi tazkirah pada sahabat-sahabatnya berkenaan satu kisah. ada seorang pemuda sedang berjalan di satu padang dan dia ternampak sebatang lilin yang menyala. di sekeliling itu terdapat banyak kalkatu yang menghurungi lilin itu kelihatan seperti ingin memasuki ke dalam api lilin tersebut. kerana kasihan melihat kalkatu itu,pemuda tersebut mendekati lilin itu dan mula menghalau kalkatu itu. ad sebahagian yang menjauhi dari api tersebut dan ad yang terus terjun ke dalam api dan akibatnya mati terbakar dek api yg panas. Dan baginda memberitahu pada sahabatnya bahawa pemuda itu adalah aku (Rasulullah s.a.w.). dan kalkatu itu adalah kamu. tugas aku adalah untuk menyelamatkan kamu dari pesona dunia. namun ad yang terselamat dan ad juga yang menjerumuskan diri dalam pesona dunia.

aku terkesan dpd tazkirah tersebut. bagaimana Rasulullah ingin menyelamatan kita dengan membekalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah sebagai bekalan perjalanan kita. namun kita abaikannya.
Apa yang kita fikir sebenarnya???hinggakan dunia kita utamakan dan akhirat kita lupakan. tak cukup sedar lagikan kita bahawa hidup ini sementara dan akhirat adalah kekal selama-lamanya.

sekadar perkongsian dari seorang sahabat...sebagai peringatan buat diriku ini yang sering lalai..

1 comments:

urangCam said...

Assalamualaikum.

Sy tganggu dgn prayaan Aidilfitri baru2 ni...melihat org Islam mnyambutnya dgn api pelita..seolah2..mnyambut Aidildiwali. Apa pandanganmu?