|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Thursday, July 8, 2010

Madah Hati

Hati,
Suatu ciptaan ALLAH yang penuh rahsia
Tidak mampu disingkap oleh sains
Tidak dapat diungkap oleh kata-kata

Hanya segumpal daging
Namun menjadi penentu pentadbiran seluruh dunia
Kerana dari hatilah bermula baik buruk sesuatu perkara
Para mujahid sentiasa bermujahadah menjaga hati
Para syuhada' menyerah hatinya pada Yang Esa

Kala marcapada dunia yang ketandusan ini
Pemuda-pemuda harapan agama amat lemah melawan fitnah
tergoda dengan fatamorgana dunia yang seketika
Menyerahkan hati pada cinta yang sementara
Mengejar cita yang tidak seberapa
Bermatlamatkan arah yang entah ke mana

Bangunlah syabab pejuang bangsa
Bangunlah kita menerjah masa
Jangan sesekali kita terleka
fitnah wanita cinta sementara

Dengan lafaz takbir kita berjuang
Dengan lafaz tahmid kita bersyukur
demi menegakkan kalimah ALLAH..
LA ILAHA ILLALLAH...