|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Thursday, January 28, 2010

arus perubahan

2010 menyaksikan satu arus peubahan di Universiti Malaysia Pahang UMP. pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 09/10 menggamit suasana di UMP ni. bahang peperangan pilihan raya kuat dirasakan tahun ni...mane tidaknye, boleh dilihat sendiri dalam blog2 yang direka khas untuk pilihan raya ini. contohnya

http://prkump0910.blogspot.com/
http://kedaikopi-pendekar.blogspot.com/
http://mechanicalfiles.blogspot.com/

dan banyak lagi blog2 yang membincangkan isu-isu PRKUMP ni..larat-xlarat je lah nak baca..

ada baeknya perkara ini.iaitu sebagai pencetus kepada lahirnya mahasiswa cakna yang digembar-gemburkan oleh calon MPP tu sendiri. timbulnya isu-isu berkenaan calon-calon maka dengan sendirinya akan menarik minat mahasiswa untuk ambil tahu...biasalah, remaja, sifat curiosity tinggi...tambahan pulak yang perempuan (lelaki pun xkurang jgk) yang mane minat benor dengan gosip-gosip...benda-benda ni ar menarik mereka untuk lebih mengambil tahu tentang isu MPP tu sendiri. kalo sebelum ni..isu MPP memang agak hambar...mane tidaknye, nak cari sorang calon MPP pun bukan maen susah lagi...sampai ada yang tarik diri lg...dengan keadaan sekarang mungkin segalanya akan berubah...

TETAPI...

sedar tidak sedar, sekiranya perkara ini tidak di clarify semula...jangan terkejut sekiranya MPP UMP akan jadi seperti MPP kampus lain. aku di maklumkan bahawa MPP kampus lain nak buat meeting untuk kumpulkan semua pun amatlah payah...ini atas sebab wujudnya 2kepala dalam 1 organisasi...tidak salah untuk memiliki pembangkang dalam satu organisasi...malah perkara itu memang dituntut sebagai pelengkap masing2.masalahnye, yang menjadi isu sekaranya semuanya ingin bertanding dan ingin memenangkan pihak masing-masing tidak memikirkan hak kebajikan mahasiswa. sedangkan sekiranya mereka memikirkan hak kebajikan mahasiswa semua masalah masing-masing diketepikan demi kebajikan mahasiswa...sekiranya pihak A yang berada dia atas, maka pihak B yang beradah dibawahnye tidak mahu memberi kerjasama kerana khuatir bahawa nama pihak A akan mahsyur dapat menyatukan kedua-dua pihak...begitu juga sebaliknya.masing-masing tidak puas hati terhadap oponen masing-masing..inilah realiti yang berlaku di kampus lain..bukan omongan kosong tetapi hakikat yang berlaku di kampus-kampus yang besar-besar...

apa yang aku harap...

semoga walau kecoh sampai nk terbalik UMP pun waktu PRK ni, calon-calon janganlah ada yang bermasam muka sesama sendiri. jangan sampai penyokong2 yang bertengkar anda pun duk berbalah...itu bukan sifat pemimpin...pemimpin yang harus bijak membuat keputusan agar anda berada di landasan yang sebenarnya..andalah penentu arah tuju kampus anda...kami letakkan kepercayaan kami kepada anda untuk memimpin kami..jangan sia-sia kan harapan kami...

ITULAH harapanku dan juga harapan semua warga UMP ini

0 comments: